Assalammualaikum...
Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi dapat kembali menyambut puasa pada tahun ini...
Wah...intro macam pengacara tv jemputan tak boleh blahhhh...ahahaa...
Well actually, ada beberapa objektif yg telah ditentukan besama2 incik suami pada thn ni...
Antaranya ialah say no to bazar ramadhan...
Alhamdulillah, sampai ke hari ini kami berdua masih berjaya TIDAK menjejakkan kaki ke bazar ramadhan walaupun bau ikan bakar menusuk jantung time lalu tepi bazar...walau rasa teringin giler nak makan murtabak giant.....ahahahaaaa
Day-1 : menu ikan siakap bakar 2 version, air asam, daging bakar, sayur kobis ala chinese cook. Homemade by me :)
Day-2 : abah tepon ajak bebuka kat Melewar. I bawak ayam masak kicap da bomb beserta daging masak bawang. Daging masak bawang adalah main dish turun temurun keluarga Incik Muadzam. Semua menantu / calon menantu musti tau masak pasei demer adik bradik mmg really into this masakan. Or in other words kalo ada 100 lauk atas meja pon daging masak bawang ni akan tetap menjadi pooojaan hati. Err...btw blio keep on repeating mkn tanpa menyentuh lauk lain selama 2 hari bersahur! hahahaa...kemaruk rupanya pasal bini dia dok masak lauk simple mimple lain setiap hari... al maklomlah lauk ni agak renyah kena gorng, tumbuk dlu. kalau ada sesapa nk resepi ni entry lain nanti kami post ya...
Day-3 : Dah start kerja. Tapi manage to balik awl utk masak memasak. Kul 4.30pm sharp2 kuar opis, pukul 5pm dh sampai rumah. Semayang, rest kul 5.30pm dh boleh turun dapur. Nasib baik rakyat jelata masih tido. Elok siap masak kul 6.30pm semua ashkar upahan dh bangun. Menu yg simple je : Ikan bawal sweet sour, sayur, Ikan bawal gorng (purposely utk Zaeem pasal kompom dia akan sibuk nk makan besama walaupon dh mkn), sambal belacan, ulam, dan smpat buat dessert puding caremel.
Day-4 : Semalam. Incik suami ditugaskan ke Miri sampai ujung minggu ni. Jadi kami plan utk bebuka kat KL sentral since flight beliau kul 9pm. After chk in, terus zaaasss ke KL Sentral Sooka.. (building opposite Kl Sentral). Tgk mcm tak brapa meriah tapi makanan di Killiney Kopitiam tu sgt memberangsangkan dan reasonable. Gambar tak smpat ambik pasal sambil makan sambil main kejar2 dgn 3 org atlet negara. Terpaksa take over dgn mek besah. Buat garang2 siket semua atlet tu duduk diam jap kat kerusi mkn...lps tu sambung blk aktiviti sampai waiter tu offer nk tlg jaga. Tapi 5 minit dah surrender! hahahahaa.....
Kira ok laa 1 set menu of the day RM13.90 incuded air (Ice lemon tea/bandung soda), nasi beriani kurma ayam, jelatah, dessert banana split (pisang+madu+ais krim vanila). Kul 7.50pm kami bergerak ke depature hantar tuan tanah ke ERL.
Day-5 : Takdak idea nak masak apa since be 2 ngan mek besah...tulunnnnnnn.... kena pegi bazar ramadhan kah??????
No comments:
Post a Comment